Tuesday 22 March 2011

TEORI KAUNSELING BINA JIWA (Teori Kaunseling Islam)

Falsafah Dan Orientasi Klinikal


 
PENGENALAN.

Pada hari ini kaunseling tidak seharusnya dilihat sebagai satu perkhidmatan sahaja tetapi juga perlu dilihat sebagai satu program interaksi yang mampu membangunkan Modal Insan secara menyeluruh dan sesuai dengan fitrah manusia.  Kalau tidak kepada kaunselor, siapakah lagi yang dapat diharapkan untuk menjadi penggerak dan penjana modal insan yang boleh mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Di Malaysia kita sudah mengamalkan sistem khidmat kaunseling yang sedia ada selama 40 tahun. Hasil yang berbeza sukar dicapai sekiranya strategi yang sama masih diamalkan. Perubahan perlu dilakukan kerana semakin hari semakin ramai pelajar dan warga masyarakat terlibat dalam pelbagai masalah dan pancaroba. Amat diyakini kaunselor boleh memainkan peranan yang penting dalam membantu manusia menangani masalah dan mencapai matlamat hidupnya jika beberapa perkara  dalam perkhidmatan kaunseling diperbaiki. 

OPERASI  KLINIK KAUNSELING

Perkhidmatan kaunseling di dunia khususnya di Malaysia perlu dinaik taraf kepada Klinik Kaunseling bagi memenuhi keperluan masa kini dan akan datang. Operasi klinik kaunseling ini diyakini dapat membantu kementerian dalam membangunkan modal insan di kalangan masyarakat, membentuk pelajar-pelajar yang kreatif, inovatif, celik minda dan mempunyai kekuatan jiwa bagi menghadapi cabaran lebih kompetitif pada masa akan datang. Teori Kaunseling Bina Jiwa dicipta untuk membantu kaunselor menangani kelemahan teori-teori kaunseling yang sedia ada. Teori Kaunseling Bina Jiwa merupakan sebuah teori kaunseling Islam terkini yang sempurna dari segi struktur dan prosesnya. Format strukturnya adalah lebih sempurna daripada teori-teori kaunseling sedia ada. Begitu juga dengan amalan proses teori ini adalah lebih mudah perlaksanaannya serta memberi keyakinan yang tinggi kepada kaunselor. Dari aspek proses, Teori Kaunseling Bina Jiwa ini lebih merupakan satu-satunya teori berasaskan Al Qur’an dan Hadith yang berorientasikan klinikal dan mempunyai kadar saintifik yang tinggi di samping sentiasa memberi fokus kepada amalan elemen mekanisme terapeutik. Tatacara yang sistematik membolehkan isu-isu klien didedahkan secara empirikal. Lazimnya klien berasa proses Teori Kaunseling Bina Jiwa ini bersahaja, menyeronokkan, tidak stress, cepat dan dapat menghasilkan penekanan isu jiwa klien dengan tepat. Seringkali proses kaunseling yang dijalankan oleh kaunselor mengambil masa yang lama dan kurang meyakinkan. Situasi tersebut menjadikan proses kaunseling kurang diminati oleh banyak pihak. Pada masa kini masyarakat lebih cenderung kepada "budaya segera dan tepat". Melalui paradigme dan mekanisme Teori Kaunseling Bina Jiwa, proses kaunseling boleh dijalankan secara lebih praktikal cepat, tepat serta saintifik dalam suasana klinikal. Dengan adanya operasi klinik kaunseling seperti ini di semua sekolah, “kita adalah peneraju perkhidmatan klinik kaunseling yang terbaik di dunia”.



TEORI KAUNSELING BINA JIWA


MATLAMAT

            Membantu manusia mencapai tahap self actualization / insan kamil / kesempurnaan diri

FOKUS  (Hadith)

          Sebuah teori yang memfokus kepada penjanaan jiwa manusia
Berdasarkan kepada sabda Nabi Muhammad s.a.w.

“Di dalam diri anak Adam terdapat seketul darah, jika baik ia maka baiklah seluruh anggotanya dan jika buruk ia maka buruklah seluruh anggotanya, itulah dia (Hati adalah fizikal dan Jiwa adalah rohnya)

Imam Ghazali.

4 JENIS JIWA

  • Jiwa Pengikut
  • Jiwa Pemimpin
  • Jiwa Pembangkang
  • Jiwa Pengecut


PANDANGAN TERHADAP MANUSIA

Melihat manusia sebagaimana yang terdapat di dalam Al Qur’an.
 
1.  manusia adalah mahluk yang hebat dan terbaik
2.  manusia adalah khalifah/pemimpin
3.  manusia besifat jinak dan boleh diajar
4.  manusia diciptakan untuk beribadah kepada tuhan
5.  lumrahnya manusia mempunyai kecenderungan yang tidak sihat bertentangan 
     hukum tuhan
5.  semua manusia akan diuji
6.  semua manusia ada membuat kesalahan sebaik manusia adalah yang bertaubat
7.  Nabi dan Rasul adalah model self actualization
8.  manusia akan dimatikan dan dihidupkan semula ke syurga atau neraka

PUNCA MASALAH (Imam Ghazali)

  • Penyakit jiwa manusia pada umumnya adalah di sebabkan oleh sifat-sifat keji berikut;
  • Gelojoh dalam percakapan
  • Gelojoh dalam tindakan
  • Suka marah dan maki
  • Hasad dengki
  • Bakhil dan cintakan harta
  • Kasihkan pangkat, kebesaran dan kemegahan
  • Cintakan dunia
  • Takabur, angkuh
  • Hairan terhadap diri (ujub)
  • Menunjuk-nunjuk (riyak) 


PRINSIP DAN FALSAFAH (Al Qur’an)

Kaunselor mengamalkan Al Fatihah sebagai falsafah (penerapan kepada klien) dan prinsip (pegangan kepada kaunselor).

Integriti: (Amanah)
  1. Mempunyai kepimpinan diri yang tinggi 
  • Menjana daya tahan dan kehebatan diri
  1. Keyakinan 
  • Niat dan matlamat
  1. Perjuangan 
  • Kesyukuran dan pengorbanan
  1. Ikhlas
  • Memberi dengan rasa sayang

Profesional :
  1. Kesungguhan (Tabligh)
Mempunyai perancangan dan sistem
  1. Bijaksana (Fatonah)
      Berkomunikasi dengan pujian

Akauntabiliti: (Sidiq)
      1.   Mencari dan membawa kepada kebenaran
      2.   Mencapai self actualisation 


STRUKTUR RUANG KLINIK KAUNSELING

Mempunyai tiga ruang khusus
  1. Ruang Konsultasi
  2. Ruang Informasi
  3. Ruang Terapi
  4.  




KEBERKESANAN KLINIKAL

  1. CEPAT
  2. TEPAT
  3. SAINTIFIK
  4. TERAPEUTIK
  5. EMPERIKAL
  6. SERONOK
  7. NON STRESS



PERANAN KAUNSELOR

            Peranan kaunselor dalam teori ini adalah hasil suatu kajian penyelarasan peranan-peranan terapeutik yang terbaik daripada pelbagai teori kaunseling.

1.    Penerimaan klien tanpa syarat.
2.    Wujud perhubungan mesra.
3.    Memahami klien secara empati.
4.    Sentiasa prihatin.
5.    Menghormati klien.
6.    Mendorong klien menjadi matang dan bertanggungjawab.
7.    Memotivasikan klien membina matlamat.
8.    Memfokus kepada kesedaran diri.
9.    Bantu klien mengenalpasti masalah secara saintifik.
10.   Membantu klien mencari alternatif.
11.   Membantu klien mengenalpasti kekuatan dan kelemahan personaliti.
12.   Dalam situasi genuin kaunselor mendorong klien kepada realiti.
13.   Kaunselor menjadi sebagai agen perubahan dan role model.
14.   Kaunselor sentiasa bertindak aktif semasa proses.
15.   Kaunselor bijak berkomunikasi di samping mempunyai kemahiran kaunseling.



ELEMEN MEKANISME TERAPEUTIK

Elemen mekanisme terapeutik adalah unsur rawatan yang perlu ada dalam proses kaunseling. Kaunselor perlu berkemahiran mengamalkan elemen mekanisme terapeutik untuk memastikan proses kaunseling adalah berkesan. Elemen tersebut ialah;

  1. sosialisasi
  2. kejelekitan
  3. kesejagatan
  4. kekeluargaan
  5. penyampaian maklumat diri
  6. altruisme
  7. bimbingan
  8. perluahan perasaan
  9. harapan
  10. kesedaran kendiri
  11. realiti
  12. peniruan tingkah laku








Perhubungan konstruktif di antara peranan kaunselor
dengan elemen mekanisme terapeutik dan tahap kesannya.


Bil

Peranan
Elemen Mekanisme Terapeutik


Tahap Kesan

Sifat  Peranan
1.
Kaunselor menerima klien secara terbuka


Perhubungan
2.
Kaunselor wujudkan hubungan mesra dengan klien
Sosialisasi
Seronok
Perhubungan
3.
Kaunselor memahami diri klien secara mendalam
Kejelekitan
Cemas
Perhubungan
4.
Kaunselor sentiasa menghormati klien
Kesejagatan
Selamat
Perhubungan
5.
Kaunselor mengambil berat terhadap klien
Kekeluargaan
Mesra
Perhubungan
6.
Kaunselor membantu klien mengenal kelemahan dan kekuatan diri
Maklumat diri
Ikhlas
Matlamat
7.
Kaunselor mendorong klien menjadi lebih bertanggungjawab dan matang
Altruisme
Simpati
Matlamat
8.
Kaunselor membantu klien membina matlmat
Bimbingan
Yakin
Matlamat
9.
Kaunselor membantu klien mengenalpasti masalah
Perluahan perasaan
Berani & berterus terang
Matlamat
10.
Kaunselor membantu klien mencari pilihan penyelesaian masalah
Harapan
Kelegaan
Matlamat
11.
Kaunselor memotivasikan kesedaran diri klien
Kesedaran diri
Insaf
Tugas
12.
Kaunselor menggalakkan klien memfokus kepada reality
Realiti
Kehidupan sebenar
Tugas
13.
Kaunselor menjadi model dan agen perubahan
Peniruan tingkahlaku
Kagum
Tugas
14.
Kaunselor bertindak secara aktif



Tugas
15.
Kaunselor pandai berkomunikasi



Tugas


TAHAP PROSES KAUNSELING

  1. Diagnostik
  2. Rasionalisasi
  3. Kematangan
  4. Terapi dan memberi makna
  5. Pengukuhan

1. TAHAP DIAGNOSTIK

Tahap diagnostik adalah suatu proses mencari maklumat psikologi klien melalui situasi berkenalan. Melalui proses ini kaunselor dapat memahami kuasa jiwa klien yang melambangkan keistimewaan dan kelemahan yang ada pada diri seseorang klien. Pemahaman ini memudahkan kaunselor memahami masalah sebenar klien. Kuasa jiwa boleh dikenalpasti melalui beberapa kaedah:  

  • Interpretasi minat (Kajian Israk dan Mijrak)
  • Sand terapi
  • Firasat panca indera
  • Kinesologi
  • Iridiologi
  • Inventori

2. TAHAP RASIONALISASI

Pada tahap ini kaunselor menghubungkait  masalah yang dicerita oleh klien dengan maklumat diagnostiknya serta merujuk kepada mana-mana idea yang tidak rasional untuk dirasionalkan.

3. TAHAP KEMATANGAN

Tahap ini adalah proses mencari alternatif dengan tujuan mematangkan klien. Klien diberi ruang yang banyak untuk mengeluarkan idea.

4. TAHAP TERAPI DAN MEMBERI MAKNA
Amalan terapi sebagai suatu pendekatan kreatif perlu digunakan dalam proses kaunseling kerana ia akan membantu banyak dimensi dalam proses penjanaan jiwa klien. Pendekatan ini bukan setakat boleh menggembirakan klien semasa berinteraksi, malah mampu meningkatkan daya kepimpinan dan jati diri klien secara cepat, tepat dan berkat. Kaunselor boleh mempraktikkan pelbagai jenis terapi dalam proses kaunseling.

  • Art terapi                                     
  • Terapi muzik
  • Sand terapi
  • Movie terapi
  • Psikodrama
  • Terapi puisi
  • Dance terapi
  • Movement terapi
  • Terapi puppet
  • Terapi cerita 

5. TAHAP PENGUKUHAN

Tahap ini adalah tahap membuat rumusan. Pada masa ini klien diberi pengukuhan dan dorongan melalui beberapa cara seperti berdoa dan bermunajat supaya klien mendapat inspirasi keyakinan diri dan kekuatan azam menghadapi kehidupan baru.

BAHAN RUJUKAN


      





SISTEM JADUAL WAKTU BERTINDIH

Sistem jadual ini membolehkan kaunselor masuk ke kelas setiap minggu dengan hanya menindih sekali sahaja bagi setiap satu masa belajar dalam setahun. Kaunselor tidak akan mengambil masa dan pelajaran yang sama dua kali. Melalui Sistem Jadual Waktu Bertindih kaunselor di sekolah akan dapat berinteraksi dengan semua pelajar dibawah jagaannnya setiap minggu sepanjang tahun. Kaunselor dapat memberi maklumat kepada semua pelajar secara berterusan dan terancang yang bertujuan membantu penjanaan modal insan di samping mengatasi masalah disiplin. Kaunselor boleh merancang secara langsung aktiviti-aktiviti mencegah, membangun, memulih dan merawat mengikut keperluan pelajar. Pelajar akan lebih memberi tumpuan berbanding dengan ceramah yang diberikan di dewan yang dihadiri oleh kumpulan pelajar yang begitu ramai.

Sistem ini menjamin 11 perkara berikut:

1. Kaunselor dapat mengenal pelajar dan berinteraksi secara bersemuka setiap minggu.
2. Berupaya meningkatkan prestasi akademik dan disiplin pelajar secara berkesan.
3. Melaksanakan penjanaan modal insan secara aktif, terancang dan berterusan.
4. Sistem perkhidmatan kaunseling yang lebih  terancang, jelas dan praktikal.
5. Memberi ruang dan peluang kepada kaunselor membuat 24 Kajian Tindakan setahun.
6. Tidak mengganggu pengajaran guru.
7. Tidak mengganggu pembelajaran murid.
8. Tidak  perlu merombak sistem jadual waktu sekolah yang sedia ada.
9. Proses kolaborasi kaunselor dipuji oleh pengetua/guru besar, guru-guru dan ibu bapa.
10.Kaunselor dapat memenuhi kriteria Guru Cemerlang yang ditentukan oleh Jemaah
     Nazir dan memberi peluang untuk kenaikan pangkat.
11. Kaunselor mempunyai maklumat psikologi terperinci semua pelajar.

Teori Kaunseling Bina Jiwa ini perlu diamalkan oleh semua kaunselor pada masa kini tidak mengira agama dan bangsa. Insyaallah Tuhan akan memberi ganjaran pahala yang banyak kepada kaunselor yang mengamalkannya. Tujuan utama teori ini dibangunkan adalah untuk mencari suatu pendekatan kaunseling yang menjamin Keredhoan Allah. Semoga orang yang mengamalkan teori ini akan mendapat tempat di Syurga yang terbaik di akhirat nanti.



KURSUS-KURSUS  YANG DIJALANKAN

Kursus Asas Teori Kaunseling Bina Jiwa
Pengurusan Klinik Dan Terapi
Kemahiran Mendiagnos Klien
Mengenal Jiwa Dan Gaya Hidup
Mengenal Jiwa Dan Gaya Bekerja
Mengenal Jiwa Dan Gaya Belajar
Kemahiran Mendiagnos Subordinat
Membina Kepimpinan Dan Jati Diri
Meningkatkan Prestasi Dan Produktiviti
Kursus Keibubapaan: Mengenal Jiwa Anak-anak.

Maklumat Lanjut, sila hubungi:

DR HJ. KAMARUZZAMAN BIN JALALUDIN

012-4075036